Kedudukan
islam sebagai agama rasmi di Malaysia
Dalam konteks agama di Malaysia,ianya memainkan
peranan penting dalam membagunkan sesbuah peradaban manusia .perkembangan agama
di Malaysia merangkumi pelbagai kaum yang ada di Malaysia antaranya melayu cina
dan india yang merupakan kaum yang terbesar.Setiap agama di Negara ini mempuyai
kepercayaan terhadap tuhan yang menjadi tunggak kepada rukun nagara iaitu
kepercayaan terhadap tuhan.Diantara agama yang ada di Malaysia seperti
islam,Buddha,kristian dan hindu.
Di Negara ini,agama islam telah ditetapkan sebagai
agama rasmi.perkara ini telah disebut dengan jelas di dalam perlambagaan
Malaysia,PERKARA 3(1)PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
PERKARA 3 :
(1)Ugama
islam ialah ugama rasmi bagi persekutuan : tetapi ugama-ugama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana bahagian persekutuan.
Berdasarkan kepada Perkara 3(1) Perlembagaan, agama
Islam ternyata diberi kedudukan yang istimewa berbanding agama-agama lain di
negara ini. Ini terbukti apabila undang-undang tertinggi ini menyatakan bahawa
Islam adalah agama Persekutuan manakala agama-agama lain pula bebas untuk
dianuti dan dipraktikkan oleh penganut-penganutnya. Dalam konteks negeri-negeri
pula, hampir kesemua Perlembagaan negeri-negeri memperuntukkan bahawa Islam
adalah agama rasmi negeri di samping jaminan kebebasan beragama terpelihara
sebagaimana dalam perlembagaan. Peruntukan seumpama ini merupakan kesinambungan
kepada apa yang wujud dalam perlembagaan bertulis negeri-negeri Melayu
sebelumnya seperti Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan Negeri Terengganu 1911.
Apa yang menarik untuk diberi perhatian ialah peruntukan mengenai Islam ini
diberi keutamaan dari segi urutan peruntukan dalam perlembagaan.
Walaupun Perlembagaan persekutuan ini telah diiystiharkan
sebagai undang-undang tertinggi negara, namun peruntukan mengenainya hanya
diletakkan pada Perkara 4. Manakala, bagi Islam pula, kedudukannya yang
istimewa telah diberi keutamaan tertinggi dari segi urutan apabila ia
diletakkan lebih awal dalam Perkara 3. Meletakkan Agama Islam di awal bahagian
dalam Perlembagaan membawa makna yang besar dari segi peranan dan kedudukannya.
Perlu diingat bahawa, walaupun Perlembagaan itu adalah undang-undang utama dan
tidak ada yang dapat mengatasinya, namun harus diingat bahawa Islam yang
meliputi undang-undang Islam juga merupakan sebahagian dari undang-undang yang
diliputi dan diiktiraf oleh perlembagaan itu sendiri. Dengan kata lain,
undang-undang Islam itu adalah sebahagian dari kandungan Perlembagaan itu sendiri.
Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan menunjukkan
bahawa agama Islam telah diberi keistimewaan dalam perlembagaan berbanding
agama-agama lain di negara ini. Kedudukan Islam yang istimewa ini tidak harus
dipertikaikan memandangkan peruntukan mengenainya ditunjangi oleh Perlembagaan.
Perlembagaan Persekutuan itu pula adalah hasil kompromi dan permuafakatan
bersama pemimpin-pemimpin negara dan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum
dan agama semasa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada tahun
1957.
Kedudukan Istimewa Islam ini juga telah mengambil kira
elemen-elemen tradisional penduduk asal Tanah Melayu iaitu orang-orang Melayu
ratusan tahun sebelumnya yang terus menerus dipertahankan . Contohnya, agama
Islam telah menjadi anutan sejak ratusan tahun bagi orang-orang Melayu.
Kerajaan Melayu Melaka yang bertapak kukuh selama lebih kurang 100 tahun pada
kurun ke-15 telahpun memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali Hukum
Kanun Melaka. Walaupun undang-undang tersebut dikatakan mengandungi unsur-unsur
adat, namun sebahagian besar kandungannya merupakan undang-undang Islam sebenar
meliputi perkara-perkara sivil dan jenayah.
Oleh yang demikian, tidaklah menghairankan mengapa
Islam menjadi agama Pesekutuan. Sebagai Agama Persekutuan, Islam menjadi agama
yang dominan dan mendapat banyak keistimewaan di negara ini berbanding
agama-agama Islam. Apa yang penting dalam hal ini ialah, betapa pentingnya
seluruh warga Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama ini menghayati
sejarah negara. Tujuannya, agar setiap peruntukan penting dalam undang-undang
di negara kita dapat difahami mengapa ia berlaku sedemikian rupa. Pemahaman
mendalam mengenai sejarah negara dan undang-undang tidak syak lagi dapat
mengikis rasa ketidakpuas hati mana-mana pihak terhadap suatu peruntukan
undang-undang itu.
Kefahaman berkaitan dengan perlembagaan adalah
penting. Masyarakat tidak faham apabila mereka tidak mengetahui perkara yang
sebenarnya ditafsirkan oleh perlembagaan. Agama Islam adalah bersifat terbuka
dan universal, bukan hanya untuk sesuatu kaum sahaja. Sebaliknya untuk semua
umat manusia. Oleh itu pendidikan berkaitan Perlembagaan negara perlu
ditekankan kepada semua lapisan masyarakat. Dengan cara ini dapat membentuk
masyarakat yang mengetahui hak dan keperluan sebagai warganegara dan juga hak
negara terhadap individu yang menjadi warganegaranya.
Wallualam..
No comments:
Post a Comment