Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, parti-parti politik mula ditubuhkan .Pentadbiran Tentera Inggeris gagal memulihkan sosio-ekonomi rakyat yang menderita akibat kekejaman Jepun.PKM mengambil kesempatan untuk menguasai politik Tanah Melayu tetapi gagal, lalu bergerak secara militant.1948 PKM melancarkan revolusi bersenjata bagi menggulingkan pemerintahan Inggeris dan menubuhkan Republik Tanah Melayu.Keganasan PKM memaksa Inggeris mengisytiharkan darurat untuk mematahkan pemberontakan komunis di Tanah Melayu.
1. KESAN POLITIK
Pengharaman PKM ( PARTI KOMUNIS MALAYA )
mengakibatkan sesiapa yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis di tangkap
dan dipenjarakan tanpa pembicaraan Pergerakan kesatuan Sekerja dikawal rapi
supaya tidak mengadakan pakatan sulit dengan PKM dan bersubahat untuk
mengadakan permogokan. Inggeris bertindak keras terhadap parti politik
berhaluan kiri yang terpengaruh dengan idea PKM.Pemimpin politik berhaluan kiri
diberkas dan dipenjarakan, pertubuhan mereka dibubarkan. Hanya parti politik
sederhana dan pro-Inggeris dibenarkan bergerak seperti UMNO,MCA,MIC dan Parti
Negara.Kerajaan Inggeris mula mengambil langkah supaya Tanah Melayu mencapai
status berkerajaan sendiri.Pilihanraya diadakan di George Town (Disember 1951 )
dan Kuala Lumpur 1952.
2. KESAN SOSIAL
Rakyat mengalami tekanan hidup akibat
kehilangan kebebasan bergerak kerana dikenakan perintah berkurung terutamanya
kawasan yang masih terdapat ancaman komunis.Kegiatan ekonomi terjejas dan
pengeluaran hasil bumi terbantut akibat daripada orang ramai tidak mempunyai
kebebasan untuk keluar mencari nafkah.Dasar Bumi Hangus melumpuhkan ekonomi
negara .Sistem pengangkutan darat dihentikan akibat sekatan jalan raya di
kawasan yang menjadi sarang komunis.Keganasan komunis telah melumpuhkan
rancangan kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.Rakyat mengalami penderitaan
dan kepahitan hidup – terpaksa mematuhi banyak peraturan keselamatan seperti
arahan mewajibkan rakyat mendaftar dan mempunyai kad pengenalan.
Serangan Komunis keatas Balai polis Bukit
Kepong
Keganasan komunis telah melumpuhkan
rancangan kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.
Rakyat mengalami penderitaan dan kepahitan
hidup – terpaksa mematuhi banyak peraturan keselamatan seperti arahan mewajibkan
rakyat mendaftar dan mempunyai kad pengenalan.Timbul masalah perkauman –
peperangan menentang komunis dianggap sebagai peperangan orang Melayu dengan
Cina kerana sebilangan besar ahli PKM terdiri daripada orang Cina sementara
orang Melayu berkhidmat dalam pasukan bersenjata kerajaan.Kerajaan mula memberi
layanan terhadap beberapa tuntutan orang Cina terutama soal kerakyatan –
bertujuan menarik mereka pro-kerajaan Syarat kewarganegaraan dilonggarkan -
kesannya 307,000 orang Cina diluluskan permohonan untuk menjadi warganegara
Persekutuan Tanah Melayu. Antara 1952 -1957 1.2 juta orang Cina mendapat
kerakyatan.
Darurat jelas menyebabkan berlakunya banyak
nyawa terkorban dan harta benda musnah akibat pengisytiharan darurat
termasuklah pegawai Tinggi Inggeris Sir Henry Gurney.Kerajaan menghabiskan
sejumlah besar wang untuk membenteras kegiatan komunis contoh; antara 1948
-1955 kerajaan mengeluarkan $150 juta untuk menumpaskan pergerakan
komunis.Pengenalan rancangan Briggs untuk mewujudkan kampung baru, penempatan
semula setinggan menyebabkan kemudahan asas disalurkan ke kawasan tersebut. Ini
menyebabkan orang Melayu yang banyak membantu kerajaan Inggeris melahirkan rasa
tidak puas hati lalu menuntut pemulihan ekonomi.
Tawaran rundingan dengan PKM oleh Tunku
Abdul Rahman di Baling menemui kegagalan.
PKM meneruskan perang gerila bagi membentuk
sebuah republic komunis .
Pada masa yang sama kerajaan terus
meningkatkan usaha membenteras pemberontakan komunis.Kegiatan komunis mulai
merosot – darurat diisytiharkan tamat di seluruh negara pada 1960.
No comments:
Post a Comment